
Shamza-Shah: Saya tak dapat nak tafsirkan penyakitnya kalau tak tengok keadaan arnab tersebut. Tapi kebiasaannya kalau basah dari bahagian hidung hingga hampir seluruh muka, disebabkan keadaan cuaca atau suhu sekitar yang terlampau panas atau bahang. Arnab akan merembeskan cairan melalui hidung untuk penyejukan. Bila cuaca dah ok balik, biasanya ia akan mengering. Tp kalau berterusan juga bkemungkinan disebabkan virus. Ambil sebiji vitamin C budak2 tu, lumatkan campur dengan 500ml air bagi dia minum Kudis kalau dibahagian hidung biasanya disebabkan makanan yang diberikan mengandungi kandungan habuk yang tinggi. Sebaiknya tapis dulu. Habuk yang melekat pada hidung arnab menyebabkan arnab bersin. Kotoran ni mnjadi sarang kepada hama di hidung arnab. Bila gatal, arnab akan mengkuis2 hidungnya myebabkan luka. Luka ni kalau tak dibersihkan akan menjadi kudis n berkuping. Pemulihan-basuh bahagian tersebut (kalau mahir, campurkan sedikit je Dettol, agak2 bau je, basuh bhgian tu pastu bilas balik dgn air) perlahan2, lap kering, ambil minyak gamat, sapukan sedikit sahaja..
Terima Kasih sekali lagi untuk En. Shamza jasa dan budi baik tuan sangat saya hargai..
Sekian
Majukan penternak arnab